Sunday, December 21, 2014

Rezeki atau Ujian ?

Apabila ditanya mengenai keputusan peperiksaan yang terdahulu, sungguh,sukar untuk aku khabarkan. Kerana aku tahu, aku bukanlah insan seperti mereka yang jauh lebih pintar dariku. Namun, apabila aku memberitahu keputusan peperiksaanku kepada mereka,seolah-oleh mereka sukar untuk mempercayainya.

Mereka mengatakan bahawa aku berbohong, sampaikan ada yang berkata "kalau ingin rendah diri sekalipun,tak usahlah kau berbohong".
Untuk apa aku berbohong?

Andai aku berbohong pada mereka,bermaksud aku membohongi diriku sendiri. Apa mereka tidak faham situasiku atau sengaja buat buat tak faham? Aku tahu, mereka barangkali mengatakan bahawa pelajar ambilan pertama yang masuk ke tempat ini adalah dari kalangan pelajar-pelajar yang mencapai tahap kecemerlangan yang tinggi dalam peperiksaan yang lalu. Namun, mungkin aku adalah insan yang dikurniakan rezeki untuk melanjutkan pelajaranku disini, barangkali ia satu rezeki,atau mungkin ia satu ujian. Aku mengatakan demikian kerana tempat yang aku ingin meneruskan pengajianku ini merupakan tempat yang aku idam idamkan sejak di bangku sekolah lagi  Aku bersyukur dengan kurniaan ini. Mungkin Dia ingin aku berusaha lebih daripada orang lain,menyahut kata kata ahli keluargaku untuk mengubah nasib hidup kami yang serba sederhana ini. Aku tahu, hal ini sukar, perkara ini payah untuk aku tanggung sendiri. Namun, andai kita meletakkan sesuatu perkara itu kerana Dia, segala yang payah,bakal dimudahkan, inshaAllah.

Semoga segalanya dipermudahkan. Semoga aku kuat menghadapi semua ini. Semoga aku berjaya di dunia dan di akhirat. Aku mengharapkan doa kalian untuk aku meneruskan perjuanganku disini. Syukran jazilan. ☺
Semoga kalian juga berjaya di dunia dan akhirat ! Ayuh sama sama bangkit berjuang demi Islam ! Allahhuakbar !

Friday, September 19, 2014

Pengalaman pulang ke Pulau Pinang

Anak gadis Pulau Pinang yang ingin pulang ke kampung halamannya .

Bermula jam 1 tengah hari, aku melangkah keluar dari Centre For Foundation Studies IIUM untuk ke stesen LRT University. Dengan menaiki bas METRO, aku sampai di LRT University. Aku turun dan terus membeli token untuk ke Plaza Rakyat dengan harga RM 3.70. Semasa aku masuk ke dalam tren, tren yang aku naiki berhenti terlalu lama. Lebih kurang 30 minit. Setiap kali tren ini berhenti di setiap stesen,ia akan mengambil waktu yang sangat lama untuk meneruskan perjalanan semula. Aku hairan, dalam pada itu, ada satu pengumuman mengatakan bahawa ada kesulitan teknikal telah berlaku di stesen Masjid Jamek ke Gombak.  Tren yang aku naiki telah sampai di Pasar Seni, (lagi satu stesen nak sampai Masjid Jamek) ada lagi satu pengumuman yang mengemparkan!

 "Tren ini akan berpatah balik ke stesen stesen sebelumnya"

 . Hancur hatiku pada waktu itu. Aku mengambil keputusan untuk keluar dari tren dan meneruskan perjalanan dengan berjalan kaki. Berjalan tanpa arah tuju. Aku hanya mengikut kata hati dan langkah kaki. Berjalan dan terus berjalan. Aku temui deretan teksi yang menunggu di pinggir jalan, aku mahu naik namun mereka tidak menginginkan penumpang pada ketika itu. Aku tanya pemandu teksi tersebut,

"uncle,pudu sentral dekat mana?"
"Jalan terus , pusing kanan, sampai pudu sentral"
"Ok terima kasih uncle"

Aku meneruskan langkahku mengikut apa yang telah diberitahu kepadaku tadi. Dalam hati, aku berasa gelisah kerana aku tidak menjumpai Pudu Sentral. Aku melalui kawasan yang mempunyai jualan oleh kaum India dan Cina,aku hairan. (Petaling Street) Setelah aku buntu, aku terjumpa seorang pemandu teksi yang sedang berdiri di luar teksinya. Aku bertanya pada uncle tersebut,dimanakah Pudu Sentral, uncle itu memberikan jawapan yang sama seperti uncle yang pertama. Aku mengatur langkahku dengan pantas kerana jam sudah menunjukkan pukul 3.30 petang. Alhamdulillah,akhirnya aku temui Pudu Sentral . Setelah masuk, hasrat dihati ingin bertanya di kaunter pertanyaan, dimanakah Platform KL - Butterworth, namun harapanku musnah dek kerana kaunter tersebut telah tutup. Aku mengambil keputusan untuk turun ke tempat bas dan mencari bas Transnasional yang bakal aku naiki. Setelah aku temui, pemandu bas tersebut meminta aku tunggu terlebih dahulu. Setelah semuanya ok, aku masuk ke dalam bas dan sekarang aku dalam perjalanan menuju ke Butterworth....
Syukur Alhamdulillah Ya Allah, Kau berikan aku kekuatan pada hari ini untuk menempuh segala ujianMu.
Semoga aku selamat sampai ke Butterworth berjumpa keluargaku . .Amin...

#hujan semasa dalam perjalanan

*CheAdlynaAdnan*