Friday, September 19, 2014

Pengalaman pulang ke Pulau Pinang

Anak gadis Pulau Pinang yang ingin pulang ke kampung halamannya .

Bermula jam 1 tengah hari, aku melangkah keluar dari Centre For Foundation Studies IIUM untuk ke stesen LRT University. Dengan menaiki bas METRO, aku sampai di LRT University. Aku turun dan terus membeli token untuk ke Plaza Rakyat dengan harga RM 3.70. Semasa aku masuk ke dalam tren, tren yang aku naiki berhenti terlalu lama. Lebih kurang 30 minit. Setiap kali tren ini berhenti di setiap stesen,ia akan mengambil waktu yang sangat lama untuk meneruskan perjalanan semula. Aku hairan, dalam pada itu, ada satu pengumuman mengatakan bahawa ada kesulitan teknikal telah berlaku di stesen Masjid Jamek ke Gombak.  Tren yang aku naiki telah sampai di Pasar Seni, (lagi satu stesen nak sampai Masjid Jamek) ada lagi satu pengumuman yang mengemparkan!

 "Tren ini akan berpatah balik ke stesen stesen sebelumnya"

 . Hancur hatiku pada waktu itu. Aku mengambil keputusan untuk keluar dari tren dan meneruskan perjalanan dengan berjalan kaki. Berjalan tanpa arah tuju. Aku hanya mengikut kata hati dan langkah kaki. Berjalan dan terus berjalan. Aku temui deretan teksi yang menunggu di pinggir jalan, aku mahu naik namun mereka tidak menginginkan penumpang pada ketika itu. Aku tanya pemandu teksi tersebut,

"uncle,pudu sentral dekat mana?"
"Jalan terus , pusing kanan, sampai pudu sentral"
"Ok terima kasih uncle"

Aku meneruskan langkahku mengikut apa yang telah diberitahu kepadaku tadi. Dalam hati, aku berasa gelisah kerana aku tidak menjumpai Pudu Sentral. Aku melalui kawasan yang mempunyai jualan oleh kaum India dan Cina,aku hairan. (Petaling Street) Setelah aku buntu, aku terjumpa seorang pemandu teksi yang sedang berdiri di luar teksinya. Aku bertanya pada uncle tersebut,dimanakah Pudu Sentral, uncle itu memberikan jawapan yang sama seperti uncle yang pertama. Aku mengatur langkahku dengan pantas kerana jam sudah menunjukkan pukul 3.30 petang. Alhamdulillah,akhirnya aku temui Pudu Sentral . Setelah masuk, hasrat dihati ingin bertanya di kaunter pertanyaan, dimanakah Platform KL - Butterworth, namun harapanku musnah dek kerana kaunter tersebut telah tutup. Aku mengambil keputusan untuk turun ke tempat bas dan mencari bas Transnasional yang bakal aku naiki. Setelah aku temui, pemandu bas tersebut meminta aku tunggu terlebih dahulu. Setelah semuanya ok, aku masuk ke dalam bas dan sekarang aku dalam perjalanan menuju ke Butterworth....
Syukur Alhamdulillah Ya Allah, Kau berikan aku kekuatan pada hari ini untuk menempuh segala ujianMu.
Semoga aku selamat sampai ke Butterworth berjumpa keluargaku . .Amin...

#hujan semasa dalam perjalanan

*CheAdlynaAdnan*

Wednesday, December 21, 2011

PENANG after PMR


Assalamualaikum sebagai kata pembuka buat post kali ini..
Mungkin ia menarik.. mungkin juga tidak.. baiklah..mari kita bermula di sini..
8 November 2011 merupakan detik yang amat bermakna buat diriku dan rakan-rakan yang juga mengikuti aktiviti ini..dengan berbekalkan wang sebanyak RM75, aku bersama rakan-rakanku membawa diri menuju ke suatu tempat yang belum pernah aku kunjungi. Lokasi ini senantiasa menjadi tarikan para pelancong untuk menghabiskan waktu cuti mereka disana. Terutamanya pelancong dari Timur dan Barat.
Dengan menaiki van bersama rakan-rakan , perjalanan kami bermula pada jam 9 pagi. Bertolak dengan perasaan yang amat teruja dan membuatkan hatiku seperti  ingin melonjak keluar.
Dengan masa kira-kira satu jam lebih, kami sampai di pengkalan jeti. Menuju ke seberang dengan menaiki feri. Menikmati desiran angin yang meniup semasa kami berada di atas feri. Sungguh mendamai jiwa. Ajakan rakan-rakan  untuk menikmati permandangan dari luar van tidak aku hiraukan. Aku lebih selesa menikmatinya di dalam van. Lebih privacy. Bayu yang bertiup lembut menyentuh wajahku,nyaman dan dingin sekali aku rasakan. Akibat terlalu asyik dengan kelembutan bayu tersebut, aku tidak perasan bahawa aku telah sampai di seberang. Hatiku berbunga-bunga pada waktu tersebut.
Rakan-rakanku bergegas masuk semula kedalam van untuk meneruskan perjalanan menuju ke destinasi pertama kami..PENANG BUTTERFLY PARK..dengan perasaan berbaur senang hati dan gembira, aku mengatur langkah memasuki tempat tersebut. Aku fikir masuk ke situ percuma, tetapi tanggapanku salah. Bayaran tetap dikenakan ! fikir punya fikir..aku membuat keputusan untuk tidak ikut serta beberapa orang rakanku yang “BANYAK DUIT” masuk ke sana. Bimbang jikalau wang yang dibawa tidak cukup untuk membayar wang van dan bayaran yang akan dikenakan di destinasi yang seterusnya. Biarpun lama menunggu,kira-kira 45 minit menunggu di luar, gambar kenang-kenangan tetap aku ambil.
Setelah lama menunggu, rakan-rakan ku berlari-lari anak untuk masuk semula ke dalam van dan meneruskan perjalanan kami.
Berbincang bersama rakan tentang kemana pula akan kami pergi. Akhirnya pemandu van memberitahu bahawa dia akan membawa kami menuju ke satu tempat yang amat memerlukan kekuatan mental dan fizikal. Aku tertanya-tanya juga di manakah tempat yang dia katakan? Ternyata tempat tersebut merupakan tempat untuk aktiviti lasak seperti merentas hutan dan di hujungnya terdapat pantai..RM7.20 dikenakan setiap orang untuk memasuki tempat tersebut..iaitu TAMAN NEGARA TELUK BAHANG.  Setelah selesai solat zuhur, kami memulakan perjalanan kami untuk meredah hutan yang luas tersebut. Rasa takut dalam diri memang ada. Kerana kami pergi bersama rakan-rakan sahaja. Renjer tiada. Tetapi, kami tetap tabahkan diri dan cekalkan hati untuk meredah hutan tersebut,ini kerana laluan menuju ke Pantai Teluk Bahang telah disediakan. Biarpun laluannya tidak seberapa, tetapi itulah dia EXTREME nya.
Naik turun,panjat,tunduk ,langkah.. kami terdengar desiran ombak yang menghempas pantai. Pasti sudah tidak jauh dari tempat kami berada..biarpun penat, kami tetap menguatkan diri untuk dampai ke pandai tersebut..kira-kira hampir 2 jam berada di dalam hutan, akhirnya kami sampai ke tempat yang amat dinanti-nanti. Sungguh aku katakan,tempat itu panas oleh kerana waktu tersebut menunjukkan pukul 3 petang.  Rakan-rakanku yang lain berlari menuju kepantai dan ada juga yang terus duduk di atas batu besar.
 Aku tidak ikut serta..entah mengapa..mungkin malas untuk membuka kasut sukan yang dipakai..atau mungkin tidak selesa dengan pelancong yang berada di sana. Tapi itu tidak mengahalang aku untuk mengambil gambar pantai tersebut..betapa indahnya..ada rakan yang menegurku ‘termenungkan apa tu’..tapi aku tidak berkata apa..hanya mengukir senyuman buatnya. Leka mengambil gambar pantai, gelagat rakan-rakan dan kulit siput,baru aku sedar, sudah satu jam kami berada di sana. Bot yang disewa sudah sampai. Aku memanggil rakan-rakanku yang lain. Menuju ke jeti yang disediakan untuk menaiki bot, tak semudah yang aku sangka.ombak yang bergelora menyukarkan lagi langkahku untuk masuk kedalamnya. Dua orang pelancong turut menaiki bot yang sama kami naik. Aku sempat merakam gambar rakan-rakanku semasa di atas bot. Bermacam-macam reaksi wajah yang mereka berikan. Tak kurang hebatnya,pelancong tersebut sempat memberi pose yang terbaik  di lensa kameraku. Untuk pemgetahuan semua, sebuah pulau yang kami kelilingi terdapat pelbagai jenis batu besar yang menyerupai haiwan. Betapa berkuasanya ALLAH S.W.T. SUBHANALLAH..
.desiran air yang kuat serta ombak yang agak bergelora membuat diriku berasa amat takut. Ketakutan ku hanya ALLAH yang tahu..setelah lama mengelilingi pulau tersebut, kami menuju ke Monkey Beach..ya,monyet memang banyak disana. Pak cik bot ajak turun, tapi aku membuat keputusan untuk tinggal didalam bot sahaja. Ya lah,kena buka kasut dan stokin, sapa nak..aurat tu.. tapi ada segelintir rakanku yang tidak mempedulikan semua itu..nak tegur,tapi,semuanya beria-ria ingin turun. Aku biarkan sahaja. 20 minit lebih kurang dalam bot tu, rakan-rakanku yang lain datang semula kerana salah seorang temanku pening dek mabuk laut.
Ok, tak apa..kami meneruskan perjalanan ke satu tempat yang menternak ikan . tapi aku tak tahu itu ikan apa,bersegi..

belangkas pun ada..ini merupakan kali pertama aku melihatnya di depan mataku secara langsung. Oh yaa..aku terlupa, pakcik bot ada memberitahu bahawa kami telah meredah 6 buah anak bukit..patut lah penat tak terhingga.. setelah puas berada di atas air, kami pulang semula jeti . bukan di pantai tadi, tapi di tempat kami mula-mula sampai.. laluan untuk sampai ke daratan agak jauh, meneruskan perjalanan di atas jeti,sempat juga mengambil gambar kenang-kenangan dengan pelbagai pose dan gaya tersendiri.









 Kami kembali masuk ke dalam van dan singgah di satu masjid untuk menunaikan solat asar..rehat buat seketika, kami meneruskan lagi perjalanan..nak cari makan lah pula..perut sudah lama berkeroncon..setakan makan coklat,mana nak kenyang.. destinasi kami...GURNEY..aku sudah khuatir kerana waktu tersebut sudah masuk senja..aku takut kalau-kalau ibu bapa ku marah kerana aku pulang lewat..biarpun wajahku memberi riak muka yang gembira,tapi hati tak tenteram..ah,duit dalam kocek sudah tinggal tak seberapa,bersama dua rakanku, kami hanya membeli roti..sedap juga..bolehlaa setakat nak al;as perut..tak mahu berada lama di sana,kami terus mengatur langkah keluar..di gerai nasi ayam,kami terjumpa dua orang lagi rakan. Baru hendak makan, apa lagi,”join” saja dengan mereka..tunggu buat seketika, semua rakan ku kini telah berada di tempat yang sama, selesai makan, kami terus masuk ke dalam van untuk memulakan perjalanan pulang..


Waktu maghrib telah lama masuk,tapi kami masih belum menunaikan solat..risau..risau..RISAU! pak cik tu boleh cakap sabar..kalau terlepas macam mana? Pak cik tu nak tanggung??sesampai kami di Masjid seberang jaya, kami terus berlari masuk untuk menunaikan solat..bimbang kalau-kalau kami tidak sempat.. alhamdulillah, sempat ! setelah selesai solat, kami keluar dari masjid untuk menunggu rakan-rakan yang lain,tak ku sangka..satu kemalangan yang melibatkan 3 buah kereta berlaku dihadapan mata ku sendiri..rakan ku ada memberitahu bahawa dia mendengar sesuatu kena hentam dengan kuat sekali..ambulans datang ambik dan terus pergi hospital..
Okay,berbalik pada cerita kami tadi,...semua telah masuk dalam van,parjalanan pulang ke rumah diteruskan..akhirnya,semua selamat sampai ke rumah masing-masing..
Alhamdulillah....

*BEST SANGAT-SANGAT..NAK PI LAGI*

Wednesday, December 22, 2010

sUmmEr Camp(18-21 dec 2010)

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat smua...
Alhamdulillah dah selamat pergi dan selamat pulang...
Hari sabtu bangun awal untuk bersiap sedia ke SMS Pokok Sena Kedah...
Perasaan ketika itu amatlah menyeronokkan dan gementar kerana ini merupakan kali kedua mengikuti program tersebut di sana.
Macam2 kami belajar di sana

Antaranya...
1)Memantapkan ibadah
2)Mengahafaz ayat ayat lazim
3)Menghafaz doa doa harian

5 prinsip Summer Camp ialah...
1) Cinta kepada ALLAH
Sebab kita perlu cinta kepada ALLAH

disampaikan oleh Ustaz Abd Majid sewaktu kuliah maghrib
*manusia lebih mulia daripada malaikat
*ALLAH pilih kita menjadi org ISLAM
*dapat mengikuti summer camp

KENAPA?
*ALLAH yg mnciptakan kita dgn seelok2 kjadian
*ALLAH bg kita akal..jgn rosakkan
*ALLAH bg nikmat
*ALLAH bg hidayah(ptunjuk)

BAGAIMANA??

B : Buat apa yg ALLAH suruh
T : Tinggal apa yg ALLAH larang
I : Ingat ALLAH (Zikrullah)

#*# solat merupakan anak kunci syurga


2) CINTA KEPADA RASUL by ustaz abdul majid  .>> kuliah subuh
BAGAIMANA??
K : Kenal
I : Ikut
S : Selawat


3)CINTA KEpADA IBUBAPA by ustaz hafiz >> kuliah asar
~~jangan sampai ibu dan bapa mati hati,kecil hati dgn kita
~biar disuruh berkali kali, itu tndanya kita dikasihi
~~jangan sampai segala perbuatan yg kita lakukan x dpat keberkatan oleh ALLAH  kerana apa yg kita lakukan tidakakan sempurna
~jaga hati ibu bapa
~~apa yg dminta ttpi tidak dipenuhi ->menderhaka kpd ibu bapa
*_* JIKA TIDAK DERHAKA KPD IBUBAPA, SEGALA YANG DILAKUKAN MENDAPAT BERKAT ALLAH DAN SEGALA YG DILAKUKAN SEMPURNA

4) CINTA KEPADA UMMAH by ustaz abd majid >> kuliah maghrib

#sayangi yg muda dan hormati yg tua
#ssungguhnya umah islam adalah bersaudara

5)CINTA KEPADA KECEMERLANGAN by Cikgu Zulkifli

*belajar sebanyak yg boleh
*faham apa yg kita belajar
*sedar akan kesilapan yg dilakukan
*berubah menjadi lebih baik drpd sblumnya

MINd SETTING kena betul
>>jgn berfikiran NEGATIF
>sentiasa berfikiran POSITIF
>>pandang kehadapan

KEJAYAAN
% kesedaran hati
% masa dpn adalah khazanah terbesar kcmerlngan kta
% x dpt ubh masa lampau wlaupun kita dpt blajar drpdnya
% masa dpn adalah segala galanya
% kita ada masa dan tenaga untuk merancang SEKARANG dan HARI ESOK
% kita ada peluang dan ruang untuk BERJAYA

IMEJ DIRI PERLU DIUBAH
>>>>be the best among the best<<<<

4golongan manusia...
<?<tahu dan mahu
>?>tak tahu tapi mahu
<?<tahu tapi tak mahu
>?>tidak tahu juga tidak mahu

*!*kita tidak merancang untuk gagal sebaliknya kita yg gagal untuk merancang

kita perlu ada hbungan dgn ALLAH
JGN TGGL SOLAT
>dicabut kberkatan umur
>x ada tnda soleh pada wajah
>doa tidak makbul
>x dpt bahgian dlm doa org soleh

DURI HARI INI ADALAH BUNGA HARI ESOK

FORMULA DPT A's
^_^be consistent
>_^learn early from your mistakes
>_<make full use of test and assignment
(:)the ultimate for scoring A's
SUCCESS DI DUNIA + SUCCESS AKHIRAT = SUCCESS HAKIKI

RECALL BALIK APA YG KITA BLAJAR
20%-HEAR
50% TGK DAN DGR
70% TGK,DGR,CATAT
90%TGK,DGR,CATAT,BUAT & AJAR

WE HAVE TO CHOOSE HOW WE FEEL
>>submisif means biar org lain bhgia sedangkan dy merana
>agresif means hak org dy x pduli lgsg(mcm selfish la)
>>assertif means jaga hak sendri dan hak org lain

MEMULIA IBU BAPA
>>pahala haji dan umrah
>jaminan masuk ke syurga
<<tambah umur dan barakah
<hialang gundah gulana

><><><><MENDAPAT REDHA ALLAH><><><><

hanya berkongsi maklumat bersama anda semua..harap dpt kutip info2 dlm ni..

=) salam ikhlas>>CHE ADLYNA ADNAN<<amin(=

Thursday, August 5, 2010

TeRsErAh dEnGaN ...

Terserah dengan apa yang kau fikirkan,
Terserah dengan apa yang kau katakan,
Terserah dengan apa yang kau lakukan,
Terserah dengan apa yang telah kau capai,
Aku akan tetap dengan pendirianku..

Apa kau fikir aku hiraukan semua itu?? Mungkin..
Tetapi aku lebih suka untuk tidak mengendahkannya sahaja
Malas untukku berbicara mengenainya
Sudah puas aku bicara, berbuih mulutku,
Tetapi tidak didengar olehnya..

Jika dia tidak mengendahkan aku,
Aku tak akan ambil tahu tentangnya lagi
Cukuplah dengan apa yang aku telah tempuhi
Menyimpan segala perasaan duka dan hambar seorang diri di dalam sekeping hatiku yang kerdil ini..

Baik.aku tak ingin langsung mengambil tahu tentang diri engkau. Tak ingin!! Aku malas, aku muak dengan sikap kau. Aku tak merasakan bahawa kau TEMANku, walau secebis pun. Aku lebih sanggup berseorangan daripada mempunyai TEMAN seperti kau.

Aku tahu, adakalanya aku beria ria ingin mengetahui sesuatu dari engkau, tapi aku sendiri bakal malu. Lebih baik aku berdiam diri seperti patung yang kaku, tak bisa berbuat apa apa.. hanya aku dan urusanku sendiri daripada aku MALU dimatanya, mahupun dari sudut pancaindera orang lain.

Tak semua teman baik jika dilihat dari sudut luannya..
Adakalanya teman itu bakal memakan temannya sendiri..
Waktu kecil menjadi kawan,
Pabila besar menjadi lawan..

Menjaga hati mmg susah kan. byk kena amik kira, rasa org tu rasa org ni. Rasulullah saw ada bersabda, mafhumnya, jika engkau tiada apa utk diperkatakan sebaiknya eloklah berdiam diri.

Yg penting juga, kita kena fikir apa juga nak di percakapkan. tak kira la dgn kawan baik ka, adik beradik ka, atau sesiapa tambah2 lagi dgn mereka yg lebih tua dan ibu bapa. Fikir dan fikir sblm bercakap sbb butiran percakpan kita itulah yg lahir dr hati.

Sama-sama kita memperbaiki dan bermuhasabah diri. Allah swt menjadikan kita sebaik2 kejadian dan mahluk. Moga kita sentiasa hidup dipanduNya. Amin =)